Dr. Suhaimi Hassan

Profile

Username:
nottingham
Name:
Dr. Suhaimi Hassan
Location:
Pasir Gudang, 01
Birthday:
11/11
Status:
Other
Job / Career:
Health Care

Stats

Post Reads:
3,422
Posts:
4
Last Online:
> 30 days ago
View All »

My Friends

online now

Subscribe

Nottingham Fertility Clinic

Parenting & Family > Infertility > Kanser Pangkal Rahim
 

Kanser Pangkal Rahim

Apakah kanser pangkal rahim?
Kanser serviks atau kanser pangkal rahim berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal. Ia boleh merebak ke bahagian lain badan.

Apakah HPV (virus papiloma manusia)?
Virus HPV ialah sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum. Sesetengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu. HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser 'berisiko tinggi'.

Apakah hubungkait antara HPV dan kanser pangkal rahim?
Kebanyakkan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapa bulan.

Jangkitan oleh HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) perlu berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim. Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Tetapi dalam kes tertentu, jangkitan akan berterusan menyebabkan ia menular menjadi kanser pangkal rahim. Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun.

Bagaimana HPV disebarkan?
HPV ialah sejenis virus umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan. Oleh yang demikian, HPV boleh menjangkiti semua wanita tanpa mengenal usia atau gaya hidup. Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan.

Dianggarkan bahawa kira-kira empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka walaupun jika mereka ada seorang atau dua orang pasangan seks.

Adakah saya masih menghadapi risiko jangkitan HPV jika sudah berkahwin?
Risiko jangkitan HPV bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita. Dianggarkan bahawa sehingga 80% daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka.

posted on Apr 26, 2009 8:21 PM ()

Comment on this article   


4 articles found   [ Previous Article ]  [ First ]  [ Last ]